Cinta adalah anugerah alla s.w.t kepada hambanya. Jika ia lahir di hati yang kotor maka anggota badan boleh terdedah dengan kejahatan nafsu syahwat tetapi jika ia hinggap di hati yang suci, bersih lagi beriman akan lahirlah akhlak yang mulia dan ikhlas kerana allah.
Tidaklah salah jika seorang lelaki mencintai seorang gadis yang berhasil mencuri hatinya, tetapi hendaklah cinta itu ditegakkan atas asas pergaulan yang dihalalkan syariat. Apakah mercu-mercu yang perlu ditegakkan dalam percintaan?
1. Mercu hati
Ramai manusia yang hatinya terfitnah kerana sakit menanggung rindu. Bagaikan alah melihat kekasih atau mendengar suaranya di telefon. Ada yang sanggup membalas sms semalaman hingga tidak tidur tterkena virus-virus angau yang menggeletak jiwa. Ramai yang jatuh sakit, terganggu saat belajar atau bekerja bahkan boleh menjejaskan tumpuan dalam hidupnya disebabkan penyakit angau ini. Di sinilah perlunya menjaga hati dari dibius angan-angan cinta yang melampau kerana hati itu pusat segala amal manusia. Jika hati baik maka eloklah perbuatan dan begitulah sebaliknya.
2. Mercu akhlak
Jangan kotorkan maruah kekasih yang anda cintai, hormatilah dia sebagai bakal pengantin anda yang masih suci hingga hari akad nikah nanti. Seseorang tidak akan melakukan perbuatan tercela ketika hatinya bersih, oleh itu kebersihan hati mesti dijaga.
Dalam bercinta hati dipengaruhi oleh rangsanagn mata. Jika mata melihat kepada sesuatu yang boleh membagkitkan syahwat maka hati akan tergugat. Akhlak anda bergantung kepada mata dan hati anda. Jelaslah betapa al-quran amat menekankan tentang penjaga pandangan dalam pergaulan.
Firman allah yang bermaksud; “katakanlah kepada lelaki-lelaki yang beriman: “ hendaklah merka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya allah maha mengetahui apa yang mereka perbuat. Katakanlah kepada wanita yang beriman: “hendaklah mereka menahan pandangannya dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya.(surah al-nur ayat:30)
Bercintalah dengan terhormat, menjaga adab dan syariat. Niatkan kerana allah, mencari pahala menyayangi manusia kerana allah dan berpisah pula kerana allah. Saling mendoakan, menasihati dalam kebaikan, tolong menolong pada perkara yang makruf dan saling mencegah perbuatan mungkar.
3. Mercu ilmu
Bercintalah dengan syarat anda dan pasangan mempunyai kefahaman yang cukup tentang agama. Sesiapa yang agamanya telah berakar dalam hati dan tegak menjadi akhlak, nescaya dia pandai membezakan halal dan haram. Mudah mengawal diri dari gejolak nafsu dan tahu menghabiskan masa dalam perkara yang positif saja.
Sabda nabi saw yang bermaksud; “jika allah menghendaki kebaikan pada diri hambanya maka dia memberi hambanya itu kefahaman agama.” (hadis riwayat imam al-bukhari dan muslim)
Apakah jadi jika sepasang kekasih kotor hatinya, rosak akhlaknya dan nipis iman serta ilmunya? Di sana-sini kita dengar anak-anak gadis melahirkan anak tanpa nikah, lelaki dan wanita tak kira usia terlibat dengan aktiviti seks liar, ketagih benda-benda lucah yang menjijikkan. Maksiat bermaharajalela, disebabkan jerat percintaan haram.
Hakikatnya cinta itu halal jika diamalkan mengikut syariat dan adab. Hendaklah bercinta untuk mencari pasangan hidup, menjaga agama dan mendapat zuriat penerus perjuangan. Bercintalah untuk menikahi seseorang yang teristimewa dengan nama allah, membina keluarga beriman dan soleh kerana ia adalah ibadah yang dibalasi dengan ganjaran pahala.
Rasullullah saw bersabda yang bermaksud: “tiga perkara, sesiapa yang mendapati ketiga-tiganya maka dia mendapat kemanisan iman. Iaitu sesiapa yang allah dan rasulnya lebih dia cintai manusia dia tidak mencintainya melainkan kerana allah. Sesiapa yang benci kembali kepada kekufuran setelah allah menyelamatkan dari kekufuran itu sebagaimana dia benci dilemparkan ke neraka.”(hadis riwayat imam al-bukhari dan muslim)
Adalah ditegah bercinta hanya untuk mempermainkan perasaan orang lain tanpa komitmen apa-apa, hanya sekadar suka-suka tanpa matlamat jelas ke arah mana percintaan itu dituju. Amat keji perbuatan menipu dan mendustai kekasih untuk memanfaatkan wang atau tubuh badannya atau jasa-jasnya yang lain.
Berkawan pun kena berpada-pada, ikut adab dan tunduk dengan syariat. Apatah lagi bercinta yang melibatkan syahwat tidak betkawal. Biasanya seseorang tidak berani ambil risiko mencari bakal suami atau isteri, kalau hanya mencari kawan sesiapapun tidak kisah tetapi, pendamping hidup mestilah uang elok belaka. Agama, harta, ilmu dan keturunannya kena betul-betul pilih, jika tidak, dijamin tidak bahagia...
No comments:
Post a Comment