Saturday, 1 October 2011

Mengenali Lelaki Melalui Zodiak (suka2 aja)


AQUARIUS (21 JAN – 19 FEB)
Perwatakan
Seorang yang berfikiran positif, sukakan sesuatu yang unik, suka bersosial, peramah, suka berdikari, sensitif, romantik, setia, bercita-cita tinggi, pandai mengambil hati dan cemburu.
Tips untuk memikat
Senang jer nak pikat golongan ini, anda hanya perlu berpakaian cantik dan glamour, pasti si dia asyik nak berkepit dengan anda jer.
Elakkan
Lelaki Aquarius nie cepat bosan dengan orang, sebelum dia tinggalkan anda, lebih baik anda tinggalkan mereka terlebih dahulu.

PISCES (20 FEB – 20 MAC)
Perwatakan
Segak, bergaya, ngada-ngada, perasan, tidak suka mengikut arahan orang lain, ego, gemarkan aktiviti lasak, bersukan, jujur, setia, suka berkawan, sukakan hiburan, bijak dan romantik.
Tips untuk memikat
Jejaka Pisces pula sukakan perempuan yang tahan lasak dan gemar bersukan, jadi untuk memikat golongan ini, anda mesti mempunyai hobi yang sama dengannya.
Elakkan
Mereka sangat anti dengan wanita yang manja dan terlalu bergantung kepada lelaki.

ARIES (21 MAC – 20 APRIL)
Perwatakan
Seorang yang mendengar kata (anak mak), bijaksana, mempunyai masa depan yang cerah, suka menolong mereka yang dalam kesusahan, sensitif, romantik dan mengambil berat.
Tips untuk memikat
Bagus untuk wanita bertudung kerana jejaka Aries sukakan wanita yang sopan santun, budi pekerti yang tinggi dan pandai menjaga batas pergaulan…sebab nak bawa tunjuk kat mak, jadi kenalah bawa balik yang bagus punya.
Elakkan
Jika anda merasakan Aries ini pilihan anda, pilihlah. Kalau tidak, janganlah main-mainkan hatinya kerana bila hati mereka dah terluka sukar untuk diubati lagi.

TAURUS (21 APRIL – 21 MEI)
Perwatakan
Seorang yang gemarkan cabaran, garang seperti singa, tetapi takut seperti tikus, tidak tetap pendirian sendiri, mudah marah tetapi kadang-kadang romantic dan mengambil berat terhadap pasangan.
Tips untuk memikat
Untuk memikat si dia, anda hanya perlu low profile sedikit, kerana golongan ini tidak suka perempuan yang lebih darinya, jadi biarkan dia melihat sendiri siapa anda yang sebenar suatu hari nanti.
Elakkan
Jangan membuat lawak kalau anda tidak faham maksud lawak itu kerana ia mungkin akan memalukan diri anda sendiri kelak.

GEMINI (22 MEI – 21 JUN)
Perwatakan
Seorang yang egoistik, panas baran, tidak suka pada kekalahan dan pandai memutar belitkan percakapan. Kalau anda berdebat dengannya, jangan harap anda nak menang. Dalam apa-apa persoalan jua mereka ada jer alasannya.
Tips untuk memikat
Sabar ajelah…sebagai perempuan, mengalahlah sikit, lambat laun hati si dia akan lembut juga. Lelaki Gemini ini sebenarnya suka pada perempuan yang lemah lembut, kerana dengan perwatakan itu hatinya akan lembut jua.
Elakkan
Jangan bersikap terlalu kasar dengannya, tapi kalau sudah tidak tahan dengan mereka apa kata anda angkat kaki jangan banyak cakap. Tidak guna bertengkar dengan mereka kerana anda tidak akan menang.

CANCER (22 JUN – 23 JULY)
Perwatakan
Seorang yang segak, suka berangan, bermurah hati, sensitif, sukakan kanak-kanak dan suka menunjuk-nunjuk dengan kemewahan tetapi mereka adalah sebaliknya..(berhati-hati yea)
Tips untuk memikat
Jangan berkawan dengannya kerana dia seorang yang kaya kerana nanti habis duit anda dikebasnya..
Elakkan
Tolong jangan terpedaya dengan kata-kata manisnya..mula-mula memang manis, nanti bila sudah lama anda akan terasa masamnya, jadi sebelum terkena lebih baik anda berhati-hati.

LEO (24 JULY – 23 AUG)
Perwatakan
Seorang yang penyayang, bekerja kuat, tidak kedekut untuk berkongsi kesenangan dan kemewahan dengan orang yang mereka sayangi. Jejaka Leo ini juga seorang yang bercita-cita tinggi, mementingkan diri sendiri tetapi tidak ego.
Tips untuk memikat
Sebagai seorang perempuan, anda perlu menunjukkan sifat kewanitaan yang selembut-lembutnya dan kena tahu juga bagaimana menilai dan menghargai setiap ciri dan kualiti yang ada pada jejaka Leo.
Elakkan
Jejaka Leo sukakan wanita yang menjadi dirinya sendiri dan tidak berubah untuk menjadi orang lain. Jadi untuk memikat jejaka Leo jadilah diri anda sendiri OK…

VIRGO ( 24 AUG – 23 SEPT)
Perwatakan
Seorangyang pemalu, kuat merajuk, pendiam, tidak pandai mengawal emosi, mudah terasa hati dan suka mencari perhatian dari perempuan.
Tips untuk memikat
Lelaki Virgo suka perempuan yang pendiam, tidak banyak cakap, suka bergaya, sanggup berkorban dan lemah-lembut. Jadi anda kenalah pandai menyerlahkan nilai-nilai kewanitaan, gaya yang sopan, kelembutan dan tidak lupa juga kesabaran.
Elakkan
Bila anda hendak keluar dating, jangan memakai pakaian yang terlalu seksi kerana Virgo seorang yang gatal dan pantang tengok perempuan ‘hadi licin’. Kalau mereka melakukan perkara yang tidak senonoh kepada anda, jangan teragak-agak untuk meninggalkan mereka.

LIBRA (24 SEPT – 23 OCT)
Perwatakan
Seorang yang cerewet, posesif, setia, tidak suka mengambil tahu perkara yang remeh-temeh, inginkan pasangan pandai berdikari dan jujur dalam perhubungan.
Tips untuk memikat
Senang saja nak pikat golongan Libra kerana mereka suka perempuan yang sentiasa ceria, happy go lucky dan pandai berdikari, tapi ingat be yourself OK.
Elakkan
Ingat bila nak keluar bersama di sia pakailah make up yang simple tetapi jangan lupa cover pimple kalau ada dan jangan pakai pakaian yang terlalu menjolok mata atau seksi kerana golongan Libra tidak suka mereka yang terlalu seksi.

SCORPIO (24 OCT – 23 NOV)
Perwatakan
Seorang yang serius, mudah cemburu, mood selalu berubah, keras hati tetapi Scorpio juga seorang yang romantic dan pandai menghargai pasangan.
Tips untuk memikat
Selalu bersembang dengan si dia dan berkongsi hobi dengan mereka. Jika pasangan anda suka menonton perlawanan bola sepak, walaupun anda tidak minat cubalah untuk menyukainya. Perangai Scorpio ini sama dengan Libra juga, posesif dan tidak suka berkongsi perempuannya dengan orang lain.
Elakkan
Pastikan anda membuat pilihan yang betul apabila hendak memikat Scorpio, kerana bila dah terjerat susah nak lepaskan dari mereka.

SAGITTARIUS (23 NOV – 21 DEC)
Perwatakan
Fuyoooh…Siapa yang dapat memang beruntung..Sagittarius mempunyai perwatakan yang sentiasa disenangi oleh orang ramai. Mereka juga seorang yang happy go lucky dan suka mengambil berat terhadap pasangan.
Tips untuk memikat
Sentiasa adakan plan bila hendak keluar bersama seperti tengok wayang, karaoke, atau apa jua perancangan asalkan tidak membosankan pasangan anda.
Elakkan
Jangan terlalu mangharap plan dari si dia keran mungkin satu hari nanti dia akan berasa bosan dengan anda.

CAPRICORN (22 DEC – 2-0 JAN)
Perwatakan
Seorang yang ego, keras kepala, suka ambil mudah semua perkara, tidak suka perkara yang remeh-temeh dan golongan Capricorn merupakan seorang yang sukar untuk meluahkan perasaannya terhadap pasangan. Jarang sekali dapat mendengar dia melafazkan ‘cinta’ pada anda.
Tips untuk memikat
Cool jer beb..nak dekati mereka bukanlah perkara yang mudah. Jangan give up dan ajar sikit golongan ini. Jika mereka jual mahal, anda juga harus jual lagi mahal.
Elakkan
Macam laying-layang terputus talinya… Jual mahal, mahal jugak tetapi jangan mahal sampai terputus tali, terlepaslah korang nanti.

No comments:

Post a Comment