1. Doa perempuan lebih makbul
daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika
ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, “Ibu lebih
penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia”.
2. Apabila seseorang perempuan
mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya.
Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan
darinya 1,000 kejahatan.
3. Apabila seseorang perempuan mulai
sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang
berjihad pada jalan Allah.
4. Apabila seseorang perempuan
melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya
melahirkannya.
5. Apabila telah lahir anak lalu
disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu
kebajikan.
6. Apabila semalaman ibu tidak tidur
dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti
memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.
7. Barangsiapa yang menggembirakan
anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana
takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah,akan diharamkan api neraka ke atas
tubuhnya.
8. Barangsiapa membawa hadiah,
(barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka
pahalanya seperti bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada
anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia
memerdekakan anak Nabi Ismail.
9. Tiap perempuan yang menolong
suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih
dahulu daripada suaminya(10,000 tahun).
10.Perempuan apabila sembahyang lima
waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya,
masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.
11.Wanita yang solehah (baik) itu
lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.
12. Aisyah berkata, “Aku bertanya
kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah,
“Suaminya. “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah, “Ibunya”.
13. Apabila memanggil akan engkau
dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
14. Wanita yang taat akan suaminya,
semua ikan-ikan di laut, burung diudara, malaikat di langit, matahari dan bulan
semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga
sembahyang dan puasanya.
15. Wanita yang taat berkhidmat
kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu
syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
16. Syurga itu di bawah tapak kaki
ibu.
17. Wanita yang tinggal bersama
anak-anaknya akantinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.
18. Barangsiapa mempunyai tiga anak
perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara
perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik
mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.
19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa
yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat
baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api
neraka.
“Jadi, janganlah sesekali kita
merasa lemah. Wanitalah sebenarnya yang membuat seseorang lelaki itu kuat.
Itulah salah satu sebab mengapa Nabi meletakkan wanita setaraf pada lelaki dan
tidak lebih rendah”.

No comments:
Post a Comment